Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat isu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, yang didakwa melemparkan kata-kata kasar terhadap Pegawai Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu lalu.
Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata jawatankuasa itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dijadual bersidang secepat mungkin.